Posts

Showing posts from November, 2011

cinta tak perlukan sebab...

Image
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. ♥ Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? ♥ Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang.. ♥ Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh ka ta abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya. ♥ Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu! ♥ Isteri : Abang tidak dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan ke pada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya. Si suami menarik nafas panj