Posts

Man Cave

Image
Ini merupakan bilik belajar aku sejak aku memulakan pengajian Master. Apabila meninggalkan zaman belajar lebih kurang 10 / 11 tahun yang lalu pastinya ada sedikit kesukaran untuk menjadi student kembali hehe lebih2 lagi utk aku yg xbape bijak ni hehe.. Anak pun dh 3 org.. kena tunggu sume tido dulu baru mudah utk study kalau x abis dikacaunya hehe..  Meja ini juga selain digunakan utk menelaah, menjadi tempat aku menelek permainan aku.. ops mungkin perkataan hobi itu lebih sesuai hehe. memetik kata2 seseorg.. 'membeli masa kecil'. Moga aku terus istiqamah dalam menghabiskan perjalanan study ini. # road to master

Selamat Hari Lahir Ayahku

Image
30 Oktober 2019 cukup usia ayahku 59 tahun. Ayahku seorang yang tegas dengan anak-anaknya sejak kami kecil lagi. Baik dari segi disiplin, akademik mahupun akhlak. mungkin waktu kecilku tidak seperti mana-mana budak kecil lain yang cuti sekolahnya dapat dihabiskan dengan pergi bercuti bersama keluarga. malahan kadangkala cuti raya pun kami dirumah menanti ayah pulang dari kerja. ada juga ketika kami balik kampung naik bas apabila ayah ada operasi. itu sume tinggal kenangan apabila ayah pencen awal pada tahun 2015. ayah nk berehat dari dunia pekerjaanya dan meluangkan masa bersama keluarga. ayah dari dulu memang jenis tidak banyak cakap tapi selagi ucapannya menampakkan ketegasannya. Antara yang selalu diulang dan diingatkan adalah sebagai lelaki dan ketua keluarga perlu menunjukkan ketegasan dlm kelembutan dan apa pun yang terjadi dlm kehidupan, ibu bapa perlu diutamakan. Redha ibubapa itu penting dan kejayaan kita pada hari ini adalah berkat doa org tua kita. Dalam kehidupan , ...

My New Life

Image
Assalam,  sudah berhabuk dan bersawang blog ini. Kali terakhir ditinta pada tahun 2013. Bukan merajuk mahupun tiada apa yang hendak ditintakan tetapi secara jujurnya tahun 2013 adalah tahun permulaan kegelapan dan kesengsaraan yang aku alami. Tidak aku menyalahkan takdir tetapi mungkin aku tidak mampu menerima takdir tersebut. Sepi dan Sendiri mungkin caption yang  sesuai pada diriku. Tetapi dalam tempoh enam tahun ini , byk yang aku pelajari, org tua2 kata pengalaman itu mengajar kita tentang kehidupan. alhamdulillah aku bangkit semula meneruskan kehidupan ini. Selepas ini mungkin aku akan serba sedikit ceritakan apa yg aku buat selama 6 tahun ini. 23 OKT 2019 - Alhamdulillah tarikh ini aku berjaya dalam Proposal Defence bagi Thesis Master ku. Ianya satu permulaan bagi meneruskan seterusnya menyiapkan Thesis ini. Dalam usaha mencari ilmu, ianya tidak akan terhenti di suatu simpang sahaja, oleh itu aku mengambil cabaran ini pada umurku 34 tahun. Tinta ini ...

1 syawal

Image
salam, selamat hari raya aidilfitri, ampun maaf dipinta :) alhamdulillah syawal kali ini beraya bersama keluarga.. complete sume ada.. angah balik dr mesir.. the complete of us  muka ayah kepenatan baru balik dr on 48 jam io trafik.. kecian ayah penat bekerja.. jadi aku jd driver le balik ke batu pahat.. ayah dpt cuti 2 hari je.. cukuplh nk ziarah sanak saudara. benda pertama yg diserang.. ni namanya burasak atau pun buras.faveret ayah.. makanan org bugis walaupun ayah bukan org bugis hihi  ayah dan mama anak-anak lelaki ayah sesi bersalaman pecah kaca pecah gelas dah baca harap balas .. hihi.. ayat ucapan raya yg digune sejak aku kecil lg.. :)

travelog umrah & ziarah - penyucian jiwa part 1

Image
Bismillahhirahmannirahim, permulaan kata diungkapkan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan segala kepujian kepada Allah pemilik sekalian alam, hamba Nya yang bertaqwa sentiasa memohon berkat penuh keimanan, Allah S.W.T. yang menjadikan Kaabah di Makkah sebagai kiblat dan sumber barakah dan keampunan. Selawat dan salam dipersembahkan kepada junjungan, penyudah Nabi dan Rasul seluruh alam, Nabi Muhammad S.A.W juga kepada para keluarga, sahabat dan pengikut-pengikutnya. Amin. ( Andalusia Travel &Tours) saya membuat travelog ringkas ini hanya sebagai tatapan , pengisian blog saya dan in sha Allah sebagai panduan. diharap dijauhkan dari sifat riak,ujub dan takbur. 80 % gambar yang di upload hanya menggunakan handphone :) maaf kalau kurang jelas hihi. travelog ini mempunyai 2 part, madinah dan mekah. jadi saya upload part 1 dulu hihi..ade masa nanti saya update lagi part 2 di tanah suci mekah. yabbi yassir walla tu assir kami pergi berlima dan kalau ade...

majlis pertunangan farhan dan aisyah

Image
 berbaris dulu :)  ok, start dh berpantun  senyum  mak ngah menyarung cincin tunang  dgn lafaz bismillah.. we engaged :) so excited alhamdulillah.. selamat sudah sorang lagi cousin aku bertunang dan in sha Allah bulan 3 tahun dpn majlisnya.  xsempat nk mengarang banyak dlm post ni..nanti aku update lg.. so chill both of u.. selamat menempuh alam pertunangan :)

muka buku pertamaku 2002

Image
kemas2 barang..terjumpe diary lama..berhabuk, dan kertasnya mulai kekuningan..tersenyum aku sendirian..inilah permulaan muka buku. rasanye budak2 skrg dh xbuat mcm ni hihi..dulu nk berkenalan..bg buku ni kat kawan2, suh tulis info dlm ni :). hihi yg buat aku tergelak sgt bile baca balik ni ayat ku yg last tu."xnk aku jd polis" hihi.. seem that word curse me now :) xsangka aku jd polis sekarang. indah susunan kehidupan yang diatur oleh Allah S.W.T.. Dia Maha Mengetahui. dr kecik aku xminat sukan sbb aku ade migrain dan sedikit lelah..sbb tu aku lebih minat dok dlm umah je..tu yg hobi aku..dok umah ...and that habit melekat sampailh aku dh besar..kawan2 slalu tanye apsal suke sgt dok umah sorang2..so aku pun xde jawapan specific..memang aku ske lepak umah kot hihi.. catur?? yes..my faveret game..ayah yg mengajar aku main catur ni..pada mulenye aku di ayamkn oleh ayah..tergelak2 kalau berlawan dgn ayah..riuh rumah kami hihi..lama2 aku pun semakin bijak mengatur strategi d...

Farewell - everything but the rain

8 mei.. hanya 1 tarikh pada org yg mungkin istimewa pada seseorg pada 1 tika dahulu satu kenangan hanya kenangan terniat utk menyapa tapi xmengapa suka duka kita lalui..cinta dan benci saat kt remaja antara realiti dan fantasi seindah cheritera 'kuliah cinta' setelah sekian lama inginku lafazkn bait2 kata ini sebelum ku melangkah ke dunia yg baru.. permintaan maaf yg dipinta sejak bertahun lalu dinafikan aku berkali2.. utk kali pertama dan terakhir pa maafkan ibu...atas segala kekhilafanmu maafkan juga atas segala kekhilafanku... shaza - 2003-2008

aku tanpa nama...

Image
"sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya. dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku" (hadith riwayat al-Tirmizi)

anak pejuang

Image
Ayah - PULAPOL KL 1998 Anak Pejuang -  Jika kita sendiri melihat pekerjaan itu suatu perjuangan, amal bakti sebagai khalifah mungkin, si anak boleh berkongsi inspirasi yang sama. p/s : Selamat Hari Polis Ke 206 buat warga PDRM, diri saya dan khasnya buat ayahku :)

SAYA NAK CARI SEORANG ISTERI UNTUK DIRI SAYA.

Image
syam, usah buang masa, buang duit, buang perasaan untuk orang yang belum tentu jadi pasangan hidup ko syam.. ready ur self syam, be the best man In sya Allah the best woman will come to u ko layak dpt wanita yg kuat dan hebat, syam. sbb hanya perempuan yang kuat hatinya je dapat bersama ko. seorang sahabat lama aku menasihati aku, terkedu gak aku dgn kata2nya tq sahabat yg setia disaat aku jatuh dan bangun :) p/s : aku akan kuat sahabat :) , dan jodoh itu masih lagi rahsia Allah

cOnTeNgAn jALaNaN...

Image
Contengan jalanan Yang dituliskan Tanpa perancangan Untuk kenangan Masa depan Ada senyuman Dan ada rasa bosan Itu namanya kehidupan...

Perilaku ibubapa menjadi model kepada anak-anak

Image
Bismillah.. lama xmenconteng kanvas ini.. atas kesibukan kerja dan sebagainya, 2 minggu yang lepas kami kehilangan nenek tersayang, Allah S.W.T lagi menyayanginya.. AL-Fatihah buat nenekku..akan ku buat satu nukilan tentangnya pada masa akan datang.. InsyaAllah..  Ok, satu petang ketika aku, mama dgn adik2 perempuanku keluar untuk mencari hadiah hari jadi kepada ayah..perbualan ini mengusikku.. Kakak : nak belikan ayah perfume Mama: nak belikan wallet Along: belikan ayah baju Bella : bella bagi ayah duit je.. Ha..duit je..nape bella bagi duit kat ayah..jawapan anak kecil ini mudah je.. masa hari jadinya tahun ni..ayah bagi duit je.. Nampak mudah di mata kita, tapi pada pandangan anak kecil ini, ia sesuatu yg lebih mendalam perlu kita fahami. Ibubapa menjadi model dalam keluarga, Kehidupan seorang ayah dan ibu menampilkan bentuk kehidupan sebenar yang akan dimiliki anaknya pada satu masa nanti. Masa muda seorang anak adalah waktu mereka sentiasa ingin mel...

Adam & Hawa

Image
antara novel kegemaran aku gak ni zaman belajar dulu.& sebab skrg novel ini diadaptasikan ke drama.. aku citekn skit sinopsis nya :) Ain Hawani, zaman singlenya terhenti pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak diperindahkan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-oleh membenarkan apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah ... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula ter...

tribute to memories

My post likely to flashback our memory.. atas permintaan kemanisan bersahabat, aku godek2 pc ku..dapat cari a few video pasal kite.. haha tp banyak yg sensored yg di kolej.. xbole dipublish.. 3 years we been together friend, quote from 1 of kemanisan bersahabat ‘more than words here, tear, laugh and everything gone through’… sedar xsedar..masing2 dh ade jalan hidup sendiri tapi aku xkn lupekn ape yg kite lalui bersama..we fren forever even though u r from dark side or vice versa hihi :P ops.. sory..motiff.. J . Not much I can say here, so pliz enjoy the memory 

surat aduan yg kreatif kepada Unit IT

Image
Kepada Unit Bantuan IT, Tahun lalu saya telah menaiktaraf sistem  Boyfriend 5.0  kepada  Husband 1.0  dan saya mendapati keseluruhan sistem prestasi  Husband 1.0  makin menurun terutamanya dalam aplikasi  Flower 3.5  dan Jewellery 2.0  yang sebelum ini mempunyai prestasi baik pada sistem  Boyfriend 5.0 . Selain itu system  Husband 1.0  juga telah banyak membuang aplikasi berharga seperti  Romance 9.5  dan Personnel Attention 6.5  dan telah menginstall aplikasi yang menbosankan seperti  News 5.0 ,  Money 3.0 dan  Soccer 4.1 . Aplikasi  Conversation 8.0  juga sudah lama tidak dapat digunakan dan aplikasi  HouseCleaning 2.6  telah membuatkan sistem crash beberapa kali. Saya juga telah mencuba untuk menggunakan aplikasi  Nagging 5.3  untuk membaiki masalah ini namun tidak berjaya. Apa yang boleh saya lakukan? Isteri Buntu. ——————————————————————————– ...

jalan2 cari makan ipoh mali

Image
hari ni aku nk post pasal jalan2 cari makan hihi..manelh tahu bile korunk berada di area tersebut..bolelh korunk rasa hidangan tersebut :) chill out..aumm..  ni namanya jus cinta.kedainya area tambun je.aku pun xpaham nape nama air ni cinta, tapi adek aku terus order nak rasa hihi harganya RM2.50 mee rebus ramli..kalau singgah di ipoh..mai lh cube..mee rebus terbaik di ipoh :) tada.. ha..mantap x hihi :) harganya RM4.00 yang ni breakfast terbaik.. roti telur separuh masak ipoh mali..harganya RM2.30 je.. ni lah rupe nasi ganja ipoh ..peh..kalau nk rase..dtg awal sikit.. punyelh panjang nk beratur..kedai sentiasa penuh..so sebelum aku balik..aku cube nasi ni..peh terbaik..patut namanya nasi ganja.. hihi rasa nk pekena lagi.. harganya ikut lauk kite nk..yang aku amik ni harganya RM8.00 sampai di kajang..ni lah cendol terbaik di kajang..lokasinya di restoran cendol uncle hussain berhampiran metro point kajang, area hospital .. mantap beb..menu cendolnye p...