you complete me :)
apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki - (al-hadith)
sedikit tazkirah sy pd pagi ini berkenaan perkahwinan..maafkn sy jika ade kekurangan dlm pengisiannye..sy juga hanya manusia biasa yg mempunyai byk kekurangan dan masih mencari ilmu bg memperbaiki
perkahwinan bukanlh utk mnghalalkn apa yg tidak dihalalkn sebelumnye..semata-mata. Perkahwinan ialah menggabungjalinkan cinta,perasaan, keinginan dan tanggungjawab.
ade seorang sahabat berkata, dia terpaksa berkahwin bagi mengelakkan zina,hmm..sahabatku..jika daya tahanmu terlalu lemah, sehingga utk menolak zina pun kamu tidak terdaya, dimanakah kekuatan kamu bagi menghadapi dugaan di alam perkahwinan.
kita harus ingat, perkahwinan bukan hanya sehari dua dan alam rumah tangga bukan selalunye indah..bak pepatah..sedangkan lidah lagi tergigit..inikn pula suami isteri..oleh itu pemahaman tentang perkahwinan perlu bagi bakal mengharungi dunia ini
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Kaum lelaki(suami) adalah  pemimpin bagi kaum         wanita (isteri)           oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas           sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah           menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri  yang           soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri  ketika           suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah           telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34)
       
           Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki         yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada         isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga.         Wanita yang paling baik ialah wanita yang menyenangkan hati         suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan         pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di         kala suami tiada di rumah.
       
           Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai         keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai         keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan  akhirat. Perkahwinan adalah tugas         menunaikan amanah Allah, maka         baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan         tanggungjawab kepada Allah.
sedikit yg sy ingin kongsikn dgn sahabat2 sebagai renungan bersama :) ..
amik ayat dr seorang sahabatku... "manisnye sebuah kemanisan bersahabat"
salam...
manisnya jugak erti rindu andai mampu dinilai melalui kata hati bukan nafsu semata-mata...nice blog........
ReplyDelete