Saturday, August 10, 2013

1 syawal

salam, selamat hari raya aidilfitri, ampun maaf dipinta :)
alhamdulillah syawal kali ini beraya bersama keluarga.. complete sume ada.. angah balik dr mesir..


the complete of us 

muka ayah kepenatan baru balik dr on 48 jam io trafik.. kecian ayah penat bekerja.. jadi aku jd driver le balik ke batu pahat.. ayah dpt cuti 2 hari je.. cukuplh nk ziarah sanak saudara.

benda pertama yg diserang.. ni namanya burasak atau pun buras.faveret ayah.. makanan org bugis walaupun ayah bukan org bugis hihi

 ayah dan mama
anak-anak lelaki ayah

sesi bersalaman

pecah kaca pecah gelas
dah baca harap balas .. hihi.. ayat ucapan raya yg digune sejak aku kecil lg.. :)

Tuesday, June 18, 2013

travelog umrah & ziarah - penyucian jiwa part 1


Bismillahhirahmannirahim, permulaan kata diungkapkan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan segala kepujian kepada Allah pemilik sekalian alam, hamba Nya yang bertaqwa sentiasa memohon berkat penuh keimanan, Allah S.W.T. yang menjadikan Kaabah di Makkah sebagai kiblat dan sumber barakah dan keampunan.

Selawat dan salam dipersembahkan kepada junjungan, penyudah Nabi dan Rasul seluruh alam, Nabi Muhammad S.A.W juga kepada para keluarga, sahabat dan pengikut-pengikutnya. Amin. ( Andalusia Travel &Tours)

saya membuat travelog ringkas ini hanya sebagai tatapan , pengisian blog saya dan in sha Allah sebagai panduan. diharap dijauhkan dari sifat riak,ujub dan takbur. 80 % gambar yang di upload hanya menggunakan handphone :) maaf kalau kurang jelas hihi. travelog ini mempunyai 2 part, madinah dan mekah. jadi saya upload part 1 dulu hihi..ade masa nanti saya update lagi part 2 di tanah suci mekah.

yabbi yassir walla tu assir

kami pergi berlima dan kalau ade angah skali memang best.. complete :)


6 jun 2013 - 2 jam sebelum boarding, kami dh tiba di KLIA, alhamdulillah semua urusan di KLIA dipermudahkan Allah. jam 1750 bermulalah permusafiran kami menyahut seruan Allah S.W.T ke rumah Nya. Untuk makluman, inilah kali pertama sepanjang kehidupan saya nk masuk 28 tahun nk menaiki kapal terbang hihi..tulh, dulu xnk jd pilot kiki..mama bg pil pening 2 jam sebelum naik kapal sbb takut aku muntah.


alhamdulillah, pengalaman pertama naik kapal terbang..dpt plak dok tepi skali hihi..kami tiba di airport madinah setelah lebih kurang 8 jam perjalanan. Berdebar-debar perasaan ini nk menjejakkan kaki di Madinah. adalah aku diterima di bumi ini, menjadi persoalan..aku berdoa semoga perjalanan ini dipermudahkan, amin. jam di sini 2100. Dugaan bermula semasa nk ambil beg yang memakan masa yang lama, kemudian pemandu bas yang tidak tahu jalan ke hotel kami, alhamdulillah mutawif kami bijak menunjukkan jalan kepada pemandu tersebut.

2350- kami tiba di hotel dan dugaan seterusnya hotel kami dan beberapa hotel berdekatan baru je menghadapi masalah elektrik dan hanya 1 lif sahaja yg boleh digunakan dan lif tersebut akan digunakan hampir seramai 250 jemaah umrah dr malaysia dr pelbagai agensi. setelah sejam lebih alhamdulillah akhirnya kami smpai ke bilik hotel kami di tingkat 11. Jam sudah menunjukkan hampir 12 malam dan tanpa elektrik, kami decide utk berehat.

7 jun 2013 - kring kring2...alarm jam 0330 pagi..kami semua bersiap ke masjid nabawi

subuh pertama kami di bumi madinah di masjid nabawi.

dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"satu sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjid al-haram di Mekah"

jam 0404 berkumandang azan subuh di masjid nabawi, tiada doa qunut dan doa selepas solat kerana mereka mengamalkan mazhab berlainan. Kebiasaannya ada solat jenazah selepas solat fardhu.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا ، وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا ، فَإِنَّهُ يَرْجِعُ مِنَ الأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ ، كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ ، وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ » . رواه اِلْبُخَارِيِّ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Sesiapa yang bersama (ziarah) jenazah seorang muslim dengan penuh perasaan keimanan, dia tetap ada bersama mayat sehinggalah mayat tadi disolatkan dan turut serta sehingga selesai ia dikebumikan, maka dia pulang dengan mendapat 2 qhirad. Setiap satu qhirat ganjarannya sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat jenazah, kemudian dia pulang tanpa menunggu sehingga mayat tersebut dikebumikan, sesungguhnya dia hanya mendapat 1 qhirat sahaja. Hadis riwayat Bukhari.


0700- selepas sarapan pagi, kami berkesempatan menziarahi masjid nabawi, raudhah, makam Rasulullah S.A.W dan makam sahabat baginda.



Diantara makam Rasulullah S.A.W . dan mimbar di dalam masjid ini dikenali raudhah iaitu taman syurga. raudhah ini sentiasa dipenuhi orang dan amat sukar untuk mendapatkan tempat untuk bersolat. raudhah ini boleh dibezakan dengan melihat karpet hijau kerana selain raudhah, keseluruhan karpet di dalam masjid ini berwarna merah. oleh itu pandai-pandailah mengambil peluang dan kesempatan. Ia juga antara tempat yang mustajab untuk berdoa. Alhamdulillah aku dan ayah berjaya juga menunaikan solat sunat di line raudhah walapun terpaksa berasak dengan orang yang ramai.


Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau di dalam kawasan Raudhah. Di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a

hari ini hari jumaat, dan kami diberi kesempatan untuk bersolat jumaat di masjid nabawi. balik dr masjid..dugaan kami lif hotel rosak.. jd aku dgn ayah menapak perlahan2 dr lobby hingga tingkat 11. aku nasihatkan ayah.. relax dulu tapi ayah cakap..ala ayah biasa ni naik tangga dr pulapol hihi.. sampai tingkat 6, kaki ayah dh start krem, smpailh tingkat 11, sampai je kebilik terus cari minyak nk urut kaki.
disitu aku melihat kudrat ayahku dh semakin kurang, sayu gak hati ini, nk dipicitkan ayah cakap xpe, sikit je tapi aku tahu ayah xlarat. aku doa cepatlah lif dan bekalan elektrik di hotel ini seperti sedia kala, akhirnya setelah 3 hari baru bekalan elektrik elok. alhamdulillah.

Masjid Quba'

seterusnya kami menziarahi masjid quba

masjid ini diasaskan oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari mekah.
masjid ini juga disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang di bina diatas dasar taqwa

“Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”[al-Quran 9:108 (Basmeih)]

Kebun Tamar


kami sempat singgah di kebun tamar yg di dalam nya berbagai jenis tamar yang ada

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W.

kami beli sedikit untuk bulan puasa nanti :)

Masjid qiblatain (masjid 2 kiblat)


masjid ini satu mihrabnya mengadap ke kaabah dan satu lagi menghadap ke masjidil Aqsa.
sebelum kiblat umat islam ditentukan di kaabah, arah kiblat adalah di masjidil Aqsa Kemudian turun wahyu Allah yang memerintahkan mengubah arah kiblat ke Kabah di Makkah.

Bukit Uhud




"bukit uhud ini mencintai kami dan kami mencintainya" (HR Bukhari)

Rasulullah saw menganggap Jabal Uhud adalah bukit yang sangat istimewa sebagai sabda baginda yang bermaksud,

Ini (Jabal Uhud) adalah gunung yang ia mencintai kami dan kamipun mencintainya. Dan dia adalah salah satu gunung yang terdapat di syurga.

Cuci mata (kaum hawa) hihi

jalan2 cari jubah

buat2 xbawa wallet time ni.. hihi.. kopak abangnya nanti hihi..tp masuk gak, alasannya nk survey emas utk bakal kakak iparnya hihi

Masjid Nabawi waktu isyak




ziarah wida'


Ziarah Wida' ialah ziarah perpisahan, atau ziarah selamat tinggal, iaitu menziarahi maqam Rasulullah s'a.w sebelum meninggalkan Madinah.

Tiap-tiap orang yang hendak meninggalkan Madinatul-Munawwarah juga disunatkan berziarah selamat tinggal kepada Rasulullah S.A.W sebagai menghormatinya dan keluar setelah berziarah itu.

Ya Allah S.W.T. kami berdoa jangan jadikan ini ziarah kami yg terakhir, kami ingin datang ziarah lagi. amin 

selesai part 1, nantikan travelog umrah & ziarah ringkas saya selepas ini di part 2 :)

p/s : maaf banyak kekurangan dlm pengisiannnya.. saya budak baru belajar.. :) yang baik itu dari Allah S.W.T. dan sebaliknya datang dari diri saya, salam :)

Tuesday, June 4, 2013

majlis pertunangan farhan dan aisyah

 berbaris dulu :)
 ok, start dh berpantun
 senyum
 mak ngah menyarung cincin tunang
 dgn lafaz bismillah.. we engaged :)
so excited

alhamdulillah.. selamat sudah sorang lagi cousin aku bertunang dan in sha Allah bulan 3 tahun dpn majlisnya. 
xsempat nk mengarang banyak dlm post ni..nanti aku update lg.. so chill both of u.. selamat menempuh alam pertunangan :)


Monday, May 27, 2013

muka buku pertamaku 2002


kemas2 barang..terjumpe diary lama..berhabuk, dan kertasnya mulai kekuningan..tersenyum aku sendirian..inilah permulaan muka buku. rasanye budak2 skrg dh xbuat mcm ni hihi..dulu nk berkenalan..bg buku ni kat kawan2, suh tulis info dlm ni :). hihi yg buat aku tergelak sgt bile baca balik ni ayat ku yg last tu."xnk aku jd polis" hihi.. seem that word curse me now :) xsangka aku jd polis sekarang. indah susunan kehidupan yang diatur oleh Allah S.W.T.. Dia Maha Mengetahui.

dr kecik aku xminat sukan sbb aku ade migrain dan sedikit lelah..sbb tu aku lebih minat dok dlm umah je..tu yg hobi aku..dok umah ...and that habit melekat sampailh aku dh besar..kawan2 slalu tanye apsal suke sgt dok umah sorang2..so aku pun xde jawapan specific..memang aku ske lepak umah kot hihi..

catur?? yes..my faveret game..ayah yg mengajar aku main catur ni..pada mulenye aku di ayamkn oleh ayah..tergelak2 kalau berlawan dgn ayah..riuh rumah kami hihi..lama2 aku pun semakin bijak mengatur strategi dlm bermain catur..ayah bukan lagi tandingan aku hihi..tapi dia bangga sbb aku dapat kalahkan dia walaupun umur aku baru 11 tahun (kalau xsilap).. aku pun start mewakili kelas, dan sekolah dlm permainan catur :).

aku juga tidak pernah bermimpi utk menjejak kaki ke menara gading (ni org cakap universiti) aku pun xtau nape diorg sebut tu haha..btw..aku bukannye seorg pelajar yg pandai dan cerdik sejak kecik..walaubagaimanapun aku tetap usaha walaupun selalu mendapat no ke3 terakhir dalam sekolah agama dan no 10 terakhir dalam sekolah kebangsaan..
alhamdulillah..masih belum terlambat utk memperbetulkan keadaan..terima kasih kepada keluargaku yg tidak putus2 menyokong dan membimbingku..tidak lupe juga paksu dan maksu yg membantuku sewaktu aku di johor. sehingga aku berjaya menjejak kaki ke UiTM..bukan juga impian, bukan juga mimpi utk aku memiliki segulung ijazah yg akhirnye aku dpt pada tahun 2008.

makanan kegemaran..hihi sup ayam je dgn tempe cecah sambal kicap...cukup :)

PBSM? korunk tahu nape aku masuk PBSM sejak dulu lg..sbb PBSM xbyk sgt kawad n kena panas..aku kn migrain..mane leh kena panas sangat.. putera lilin le kot hihi..tp bile masuk polis..OMG..cair lilin haha..hari2 dok bawah matahari..ayah cakap ala...training pegawai senang je..macam cite akademi polis tu..aku dgn selambe terpengaruh huhu..rupenye sama je kena belasah dlm tu hihi...alhamdulillah...migrain ku kurang sejak aku training polis.

muzik? er..zaman2 2002..KRU lh jd pujaan hati selain newboy haha..jiwang2..

ayah..hurm ayah sgt garang or kata lain tegas dlm mendidik anak2..sbb tu kami dulu diajar masuk tdo jam 11 dan kena bangun jam 6 tanpa jam loceng..kalau x.. kena siram air le hihi...

awek? erk.. budak nerd yg ske dok umah memang xkn dpt awek..budak2 laki zaman aku sekolah dulu cara bergaya dgn seluar tempah berpoket batman, dan lebar di bawah kaki..rambut belah tengah mcm tomok hihi.. hihi..jujurnye aku xpernah bercinta sehinggalh aku menjejakkn kaki ke UiTM..terima kasih juga buat si dia..byk mengajar aku dlm setiap subjek. walau pd akhirnye kt tidak ada jodoh..aku doakn kau bahagia dgn si dia :)

aku bahagia dgn kehidupan aku skrg...aku masih lagi belajar utk menjadi lebih baik dr hari semalam..utk menjadi anak yg soleh kepada kedua ibubapaku, abang yg baik kepada adik2ku..ketua keluarga dan imam kepada keluargaku nanti..amin

skrg.. 2013..11 tahun kot since 2002..

p/s : past..tq for lesson..future..im ready..

Wednesday, May 8, 2013

Farewell - everything but the rain

8 mei..

hanya 1 tarikh pada org
yg mungkin istimewa pada seseorg
pada 1 tika dahulu

satu kenangan
hanya kenangan

terniat utk menyapa
tapi xmengapa

suka duka
kita lalui..cinta dan benci
saat kt remaja

antara realiti dan fantasi
seindah cheritera 'kuliah cinta'

setelah sekian lama
inginku lafazkn bait2 kata ini
sebelum ku melangkah ke dunia yg baru..

permintaan maaf yg dipinta sejak bertahun lalu
dinafikan aku berkali2..

utk kali pertama dan terakhir
pa maafkan ibu...atas segala kekhilafanmu
maafkan juga atas segala kekhilafanku...

shaza - 2003-2008


Thursday, April 18, 2013

aku tanpa nama...



"sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya. dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku" (hadith riwayat al-Tirmizi)

Monday, March 25, 2013

anak pejuang

Ayah - PULAPOL KL 1998

Anak Pejuang -
 Jika kita sendiri melihat pekerjaan itu suatu perjuangan,
amal bakti sebagai khalifah
mungkin,
si anak boleh berkongsi inspirasi yang sama.

p/s : Selamat Hari Polis Ke 206 buat warga PDRM, diri saya dan khasnya buat ayahku :)