Selamat Hari Lahir Ayahku



30 Oktober 2019 cukup usia ayahku 59 tahun. Ayahku seorang yang tegas dengan anak-anaknya sejak kami kecil lagi. Baik dari segi disiplin, akademik mahupun akhlak. mungkin waktu kecilku tidak seperti mana-mana budak kecil lain yang cuti sekolahnya dapat dihabiskan dengan pergi bercuti bersama keluarga. malahan kadangkala cuti raya pun kami dirumah menanti ayah pulang dari kerja. ada juga ketika kami balik kampung naik bas apabila ayah ada operasi. itu sume tinggal kenangan apabila ayah pencen awal pada tahun 2015. ayah nk berehat dari dunia pekerjaanya dan meluangkan masa bersama keluarga. ayah dari dulu memang jenis tidak banyak cakap tapi selagi ucapannya menampakkan ketegasannya. Antara yang selalu diulang dan diingatkan adalah sebagai lelaki dan ketua keluarga perlu menunjukkan ketegasan dlm kelembutan dan apa pun yang terjadi dlm kehidupan, ibu bapa perlu diutamakan. Redha ibubapa itu penting dan kejayaan kita pada hari ini adalah berkat doa org tua kita. Dalam kehidupan , jgn peduli cakap2 org sekeliling kerana kehidupan kita, kita yang lalui dan rasa. kadangkala org yg bercakap tu nampak je ada ilmu tetapi dalaman kosong. rugi berhujah dgn org gile kerana pada akhirnya dua2 penat. oleh itu aku lebih suka amik pendirian  buat hal sendiri. 


Selamat hari lahir ayah, ini merupakan gambar sebelum ayah pencen pd tahun 2015. Walaupun kami 1 PDRM, ini juga merupakan satu satunya gambar kami beruniform bersama dan bertemu dlm event yg sama.

Comments

Popular posts from this blog

cinta tak perlukan sebab...

kakak kepada 11 adik beradikku..

S.P.M - Sijil Paling Mudah :P