Posts

Showing posts from 2019

Selamat Hari Lahir Ayahku

Image
30 Oktober 2019 cukup usia ayahku 59 tahun. Ayahku seorang yang tegas dengan anak-anaknya sejak kami kecil lagi. Baik dari segi disiplin, akademik mahupun akhlak. mungkin waktu kecilku tidak seperti mana-mana budak kecil lain yang cuti sekolahnya dapat dihabiskan dengan pergi bercuti bersama keluarga. malahan kadangkala cuti raya pun kami dirumah menanti ayah pulang dari kerja. ada juga ketika kami balik kampung naik bas apabila ayah ada operasi. itu sume tinggal kenangan apabila ayah pencen awal pada tahun 2015. ayah nk berehat dari dunia pekerjaanya dan meluangkan masa bersama keluarga. ayah dari dulu memang jenis tidak banyak cakap tapi selagi ucapannya menampakkan ketegasannya. Antara yang selalu diulang dan diingatkan adalah sebagai lelaki dan ketua keluarga perlu menunjukkan ketegasan dlm kelembutan dan apa pun yang terjadi dlm kehidupan, ibu bapa perlu diutamakan. Redha ibubapa itu penting dan kejayaan kita pada hari ini adalah berkat doa org tua kita. Dalam kehidupan ,

My New Life

Image
Assalam,  sudah berhabuk dan bersawang blog ini. Kali terakhir ditinta pada tahun 2013. Bukan merajuk mahupun tiada apa yang hendak ditintakan tetapi secara jujurnya tahun 2013 adalah tahun permulaan kegelapan dan kesengsaraan yang aku alami. Tidak aku menyalahkan takdir tetapi mungkin aku tidak mampu menerima takdir tersebut. Sepi dan Sendiri mungkin caption yang  sesuai pada diriku. Tetapi dalam tempoh enam tahun ini , byk yang aku pelajari, org tua2 kata pengalaman itu mengajar kita tentang kehidupan. alhamdulillah aku bangkit semula meneruskan kehidupan ini. Selepas ini mungkin aku akan serba sedikit ceritakan apa yg aku buat selama 6 tahun ini. 23 OKT 2019 - Alhamdulillah tarikh ini aku berjaya dalam Proposal Defence bagi Thesis Master ku. Ianya satu permulaan bagi meneruskan seterusnya menyiapkan Thesis ini. Dalam usaha mencari ilmu, ianya tidak akan terhenti di suatu simpang sahaja, oleh itu aku mengambil cabaran ini pada umurku 34 tahun. Tinta ini aku akhir