My New Life


Assalam, sudah berhabuk dan bersawang blog ini. Kali terakhir ditinta pada tahun 2013. Bukan merajuk mahupun tiada apa yang hendak ditintakan tetapi secara jujurnya tahun 2013 adalah tahun permulaan kegelapan dan kesengsaraan yang aku alami. Tidak aku menyalahkan takdir tetapi mungkin aku tidak mampu menerima takdir tersebut. Sepi dan Sendiri mungkin caption yang  sesuai pada diriku. Tetapi dalam tempoh enam tahun ini , byk yang aku pelajari, org tua2 kata pengalaman itu mengajar kita tentang kehidupan. alhamdulillah aku bangkit semula meneruskan kehidupan ini. Selepas ini mungkin aku akan serba sedikit ceritakan apa yg aku buat selama 6 tahun ini.




23 OKT 2019 - Alhamdulillah tarikh ini aku berjaya dalam Proposal Defence bagi Thesis Master ku. Ianya satu permulaan bagi meneruskan seterusnya menyiapkan Thesis ini. Dalam usaha mencari ilmu, ianya tidak akan terhenti di suatu simpang sahaja, oleh itu aku mengambil cabaran ini pada umurku 34 tahun.


Tinta ini aku akhiri disini dahulu, ingin ku mencuci sawang blog yg berhabuk lama hehe.. jumpe dlm post akan datang. 



Comments

Popular posts from this blog

cinta tak perlukan sebab...

kakak kepada 11 adik beradikku..

S.P.M - Sijil Paling Mudah :P