you complete me :)

in the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful ,

apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki - (al-hadith)

sedikit tazkirah sy pd pagi ini berkenaan perkahwinan..maafkn sy jika ade kekurangan dlm pengisiannye..sy juga hanya manusia biasa yg mempunyai byk kekurangan dan masih mencari ilmu bg memperbaiki

perkahwinan bukanlh utk mnghalalkn apa yg tidak dihalalkn sebelumnye..semata-mata. Perkahwinan ialah menggabungjalinkan cinta,perasaan, keinginan dan tanggungjawab.

ade seorang sahabat berkata, dia terpaksa berkahwin bagi mengelakkan zina,hmm..sahabatku..jika daya tahanmu terlalu lemah, sehingga utk menolak zina pun kamu tidak terdaya, dimanakah kekuatan kamu bagi menghadapi dugaan di alam perkahwinan.

kita harus ingat, perkahwinan bukan hanya sehari dua dan alam rumah tangga bukan selalunye indah..bak pepatah..sedangkan lidah lagi tergigit..inikn pula suami isteri..oleh itu pemahaman tentang perkahwinan perlu bagi bakal mengharungi dunia ini


Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34)

Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik ialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah.

Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

sy nk quote dr novel 'aku terima nikahnya' rumah tangga bukan Utopia cloud nine..ia adalah kombinasi suka dan duka..jika mahu bercinta,jgn merancang hanya ke pelamin, masukkan sekali urusan selepas hari perkahwinan..urusan pakaian, rumah, makan minum, nursery etc..

sedikit yg sy ingin kongsikn dgn sahabat2 sebagai renungan bersama :) ..

amik ayat dr seorang sahabatku... "manisnye sebuah kemanisan bersahabat"
salam...

Comments

  1. manisnya jugak erti rindu andai mampu dinilai melalui kata hati bukan nafsu semata-mata...nice blog........

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

cinta tak perlukan sebab...

jalan2 cari makan ipoh mali