Andai kau tahu aku sayang kamu semua..



Cintakan bunga, bunga akan layu..cintakan manusia, nanti dia akan pergi jua, cintakan Allah hanya Dia yang akan kekal..
Surah an – nisa ayat 31 : jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).
Kenapalah ada saja manusia yang hasad dengki pada aktiviti sambutan valentine kami ni? Tersedak aku melihat ramai lelaki bermuka baik datang menyelit di celah2 kami. Ada juga lelaki berkopiah di tengah lautan manusia berskirt pendek. Lebih pelik mengapakah perempuan bertudung labuh pun dating bersama kami untuk menyambut valentine pada malam2 buta begini? Siapakah mereka ini sibuk2 mengajak kami bersembang dan memisahkan kami dari kumpulan kami?
Takutnya…andai Allah turunkan azab tatkala kita bersukaria.. dengan secebis rasa kasih yang Allah campak ke hati ku ini..aku menulis bukan dgn tinta, bukan juga dgn kata2..sekadar menyampaikan peringatan..peringatan utk diriku juga..insan biasa..yg xlari melakukan kesilapan.. yg xsempurna… tp kt masih diberi nafas ini supaya memperbaiki diri ini.. utk diriku.. keluargaku..sahabatku..
Sebagaimana aku sayang diri aku daripada mendapat azab neraka, begitu juga aku sayang kamu semua.. J


Hukum sambut Valentine
Sebagaiman yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al- Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana firman Allah S.W.T: bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada dia atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira_ di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda “sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha” (riwayat al-Nasaai, 959)

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafusoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam calendar umat Islam seperti Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul Al Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Halloween dan juga Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda S.A.W untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.

Sabda baginda: “Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud hadi no 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-Utsaimin berkata.” Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang iti telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 71 yang bersidang pada 22 hinnga 24 nov 2005 memutuskan “bahawa amalan merayakan Valentine Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.
Firman-Nya: “orang orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu ( wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) :”sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar).” (al-baqarah, 2:120)
Sekali lagi..sebagaimana aku sayangi diri aku daripada mendapat azab neraka, behitu juga aku sayang kamu semua.. J


Reference hukum menyambut valentine..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

cinta tak perlukan sebab...

kakak kepada 11 adik beradikku..

S.P.M - Sijil Paling Mudah :P