tentang jodoh
entry kali ni pasal jodoh..haa.. dh tahu dh..mesti korunk excited smbil tersenyum nk bace ni hihi...
Mungkin ramai seperti saya tertanya2 mengenai jodoh masing2..Hati ini tertanya2 sapa jodoh saya, dlm usia sy nk masuk 26 tahun masih lagi tercari2 jawapannya.. Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahNya agar berusaha. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga.
Sy membaca majalah solusi bertajuk mencipta syurga rumah tangga.. mungkin sy boleh kongsikn pembacaan sy utk sy dan juga sahabat2 yang masih dlm proses mencari.. apakah panduan mencari jodoh, pilihlah jodoh dengan 2 cara. Pertama jadilah orang yang baik, insyaallah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.
Menjadi orang yang baik, hurm, bukan mudah utk menjadi orang baik.. sy pun masih memperbaiki diri sy, manusia itu xlari dr membuat kesilapan dan juga alpa .. ia satu proses yang panjang.. insyaallah sy akan berusaha menjadi yg terbaik utk diri sendiri , utk kedua ibubapa sy, utk ibu kepada anak2 sy.. Jaha nk 4 org anak ye :P
Mengikut pilihan org yang baik, ibubapa kita tentu mahu melihat anak2 mereka bahagia, pandangan mereka yg lebih berpengalaman dr kita. Kedua2 cara ini boleh dijalankan serentak, maksudnya jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insyaallah akan dikurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang yang baik.
Hurm.. ade lg yg ingin diluahkn melalui tintaku ini..Cuma xterkeluar je hihi..kite smbung laen kali ye J
p/s : “yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Janji Allah S.W.T bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga”
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebaca solusi ke? bagus kan majalah tu, ganti kreko la.
ReplyDeletejgn beli kreko lg :p