Perilaku ibubapa menjadi model kepada anak-anak
Bismillah.. lama xmenconteng kanvas ini.. atas kesibukan kerja dan sebagainya, 2 minggu yang lepas kami kehilangan nenek tersayang, Allah S.W.T lagi menyayanginya.. AL-Fatihah buat nenekku..akan ku buat satu nukilan tentangnya pada masa akan datang.. InsyaAllah..
Ok, satu petang ketika aku, mama dgn
adik2 perempuanku keluar untuk mencari hadiah hari jadi kepada ayah..perbualan
ini mengusikku..
Kakak : nak belikan ayah perfume
Mama: nak belikan wallet
Along: belikan ayah baju
Bella : bella bagi ayah duit je..
Ha..duit je..nape bella bagi duit
kat ayah..jawapan anak kecil ini mudah je.. masa hari jadinya tahun ni..ayah bagi duit
je..
Nampak mudah di mata kita, tapi
pada pandangan anak kecil ini, ia sesuatu yg lebih mendalam perlu kita fahami.
Ibubapa menjadi model dalam keluarga, Kehidupan seorang ayah dan ibu menampilkan bentuk kehidupan sebenar
yang akan dimiliki anaknya pada satu masa nanti. Masa muda seorang anak adalah
waktu mereka sentiasa ingin melihat perkara baru dan ingin mencubanya.
Penjelasan perlu diberi kepada
anak kecil ini. Kebetulan ayah xsempat nk carikan hadiah kerana kesuntukan
masa, jadi dengan mudah memberi duit dan menyerahkan pilihan hadiah itu sendiri
kepadanya.Bella pun kena faham ayah penat keje, kecian ayah cari rezeki siang malam.
Moral of the story : budak2 cepat
ikut apa yang kt org dewasa buat. Dan kita sebagai org dewasa kena alert dgn
perilaku kita di hadapannya J
Comments
Post a Comment