surat aduan yg kreatif kepada Unit IT



Kepada Unit Bantuan IT,
Tahun lalu saya telah menaiktaraf sistem Boyfriend 5.0 kepada Husband 1.0 dan saya mendapati keseluruhan sistem prestasi Husband 1.0 makin menurun terutamanya dalam aplikasi Flower 3.5 danJewellery 2.0 yang sebelum ini mempunyai prestasi baik pada sistem Boyfriend 5.0.
Selain itu system Husband 1.0 juga telah banyak membuang aplikasi berharga seperti Romance 9.5 danPersonnel Attention 6.5 dan telah menginstall aplikasi yang menbosankan seperti News 5.0Money 3.0dan Soccer 4.1.
Aplikasi Conversation 8.0 juga sudah lama tidak dapat digunakan dan aplikasi HouseCleaning 2.6 telah membuatkan sistem crash beberapa kali.
Saya juga telah mencuba untuk menggunakan aplikasi Nagging 5.3 untuk membaiki masalah ini namun tidak berjaya.
Apa yang boleh saya lakukan?
Isteri Buntu.
——————————————————————————–
Balasan daripada IT Support.
Kepada Puan Isteri Buntu,
Pertama sekali puan harus memahami perbezaan system Boyfriend 5.0 adalah untuk berhibur manakala system Husband 1.0 adalah untuk kehidupan seharian.
Puan boleh mencuba cara ini. Beri arahan ini kepada system Husband 1.0 yang puan miliki. Command : ithoughtyoulovedme.html dan cuba untuk muat turun aplikasi Tears 6.2 dan jangan lupa install aplikasiGuilt 3.0 yang terbaru.
Jika aplikasi tersebut berjalan lancar, secara automatik system akan membuka aplikasi Jewellery 2.0 danFlowers 2.0
Tetapi harus puan ingat dengan cara memaksa sistem beroperasi seperti di atas sistem Husband 1.0 akan mengaktifkan fungsi Silent 2.5 dan Beer 6.1
Apa sahaja yang ingin dilakukan sila install aplikasi Spy 9.7, ini untuk mengelakkan virusWomenService.trojan mengganggu sistem Husband 1.0 puan.
Apa pun adalah amat dielakkan untuk puan menginstall system Boyfriend 5.0, ini akan menyebabkan dual-boot dan akhirnya boleh menyebabkan system Husband 1.0 puan crash atau corrupt.
Apa pun system Husband 1.0 merupakan sistem yang terbaik tetapi ianya mempunya memori yang sedikit rendah dan agak lambat untuk mempelajari aplikasi baru.
Puan boleh mencuba aplikasi terbaru kami iaitu Cooking 3.0 dan Looks 7.7 yang akan membantu untuk meningkatkan memori dan prestasi system Husband 1.0 puan.
Semoga pejelasan saya ini dapat membantu puan.
Sekian, Terima Kasih.
IT Support International,
Tel : 03-9867 5364
Fax : 03-7657 8490
Email : admin@itsupport.com.my

via mForum ]
entry kali ni copy dr sorang sahabat..hihi chill out :)
p/s : jgn lupe install juga software H.O.L.L.A.N.D 'Hope Our Love Last And Never Dies; :) 

Comments

Popular posts from this blog

cinta tak perlukan sebab...

jalan2 cari makan ipoh mali